Monday, June 29, 2009

Daging Bakar Kurang Lemak

Bahan-Bahan:

200g Daging
a)Bahan perap ( campurkan kesemuanya )
1 camca besar cili giling ( kalau nak pedas taruk lagi)
2 ulas bawang putih ditumbuk
2 camca teh serbuk kari/beriyani
1 camca teh cuka
1 camca teh minyak masak ( canola/safflower/zaitun)
garam secukup rasa

1/2 cawan cendawan butang
1/2 cawan bunga kobis
1/2 cawan brokoli

Cara Memasak:

Perapkan daging dan sayuran dengan bahan a) selama 30minit atau lebih

Panaskan kuali lalu masukkan daging. Selesai daging masak masukkan pulak ler sayuran tadi. Yg penting masak guna kuali yang tak melekat bila masak sebab masak kurang guna minyak takut melekat.
Dah masak.. kerat daging nipis2
Hidangan Utk 2 orang


Komen Tambahan:
* Hidangan ini bagus utk orang diabetis kerana GI rendah , utk turunkan berat badan kerana kurang kabohidrat dan minyak tepu.

Cadangan Hidangan:
Boleh ratah cam tu jer.. jangan makan dengan nasi kalu boleh..nak kuruskan badan.. bole tengok diet review kat www.southbeachdiet.com / www.gidiet.com


Resepi URL : http://resepi.mesra.net/cgi-bin/resepi.cgi?ID=4226

0 comments:

About This Blog

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP