Monday, July 6, 2009

Koleksi Resipi Pilihan Diana

  • BITTERBALLEN NASI

    Resipi ini dikongsi bersama oleh Saudari Ayu di FRD, resipi asal adalah dari Majalan Sedap.

    Mengikut kata Ayu, "Rasanya memang sedap sebab ada keu dan sayur dan bagi pendapat Ayu kuib ayam tu rasanya masin sedikit jadi boleh kurangkan. Dan jika Ayu buat lagi Ayu akan kurangkan kuib ayam kepada ½ kiub sahaja. Walaubagaimanapun ia memang sedap".

    Kepada Ayu terima kasih sudi panjangkan resipi ini kepada kita semua. Dan juga kepada Majalah Sedap…


    BITTERBALLEN NASI
    Sumber : Majalah Sedap

    BAHAN-BAHAN:
    2 ulas bawang putih - dicincang
    2 sudu makan tepung gandum
    150 ml air
    1 ketul kiub ayam (boleh kurangkan kpd ½ kiub jika tak nak rasa masin)
    3/4 sudu teh garam
    ¼ sudu teh serbuk lada sulah
    300 gm nasi putih
    25 gm lobak merah - dipotong dadu dan direbus
    25 gm sayur buncis (5 batang) - direbus dan dihiris halus
    30 gm keju parut
    2 sudu makan marjerin untuk menumis
    Minyak untuk menggoreng

    BAHAN SALUT:
    1 biji telur
    75 gm tepung goreng serbaguna

    CARA-CARA:
    1. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan tepung gandum. Kacau sehingga berketul²..
    2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga licin..
    3. Masukkan kiub ayam dan lada sulah.. Kacau lagi..
    4. Masukkan nasi, lobak merah, buncis dan keju.. Kacau sehingga bergumpal..
    5. Bantukkan bulat dan celupkan di dalam telur dan gulingkan di atas tepung goreng.. Lakukan sekali lagi.. (Ayu golekkan sekali jerk semalam sbb tak baca arahan dengan betul.. ekekekeke.. sib baik cantek jek masa goreng tu.. tak berderai pun.. huhuhu..)
    6. Goreng sehingga kuning keemasan..

    TIPS AYU:
    Seelok²nya kepal nasi tu time dia panas².. cantek jerk kepalannya bersatu..



  • KRIM PUFF


    Resipi ini dikongsi oleh Maklang di FRD, resipi asal dari Saudari Mok Nik dan MamaFaMi. Maklang mencuba krim puff berperisa oren dan mengikut kata Maklang, rasanya chedappppp…

    Kepada Mok Nik, MamaFaMi dan Maklang terima kasih sudi panjangkan resipi ini kepada kita semua.


    KRIM PUFF
    Sumber: Mok Nik/ MamaFaMi

    Bahan-bahan :
    70g majerin
    140g tepung gandum
    4 biji telur
    200ml air
    1/4 sudu kecil garam
    1 sudu kecil esen vanilla

    Kaedah penyediaan :
    1. Masak air dengan garam. Bila mendidih, masukkan majerin.
    2. Bila majerin cair, masukkan gandum, kacau hingga sebati. Tutup api.
    3. Kacau lagi adunan tadi hingga jadi doh seketul. Sejukkan.
    4. Bila betul-betul sejuk, masukkan ke dalam mixer. Campurkan vanilla dan telur. Putar hingga kembang.
    5. Bila sudah kembang dan sebati, masukkan dalam piping bag dan paipkan atas dulang pembakar yang telah digris.
    6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 15 hingga 20 minit.
    7. Setelah sejuk, belahkan di tengah, tetapi jangan sampai putus. Masukkan inti. Jika suka, curahkan coklat masakan yang telah dicairkan diatasnya.


    Bahan Untuk Inti Kastad Oren
    3 oz jus oren (mama campurkan Sunquick dengan air ikut kemasaman yang dikehendaki)
    6 oz susu segar
    3 sudu besar gula
    1 sudu kecil parutan kulit limau
    1 sudu besar majerin
    2 sudu besar tepung kastad

    Kaedah penyediaan :
    1. Campurkan tepung kastad (sedikit demi sedikit) dengan susu hingga sebati.
    2. Masukkan jus oren, gula, parutan kulit limau dan mentega.
    3. Masakkan campuran tadi di atas api yang kecil hingga pekat. Alihkan dari api dan biarkan sejuk sebelum digunakan


  • KOLEH-KOLEH


    Resipi ini dikongsi bersama oleh Kak Sophie di FRD, resipi asal dari Resipi.Net. Sesuai dicuba untuk minum petang bersama keluarga. D kalau makan koleh-koleh suka sangat hak tahi minyak diatasnya… Sedap youuuu…

    Kepada Kak Sophie dan empunya resipi (D tak pasti namanya) dari Resipi.Net terima kasih sudi panjangkan kepada kita semua.


    KOLEH-KOLEH
    SUMBER : Resepi.net

    Bahan A
    3 cawan santan pekat (santan Kara)
    1 helai daun pandan
    1/2 sudu teh garam

    Bahan B
    300 gm tepung kacang hijau
    4 cawan air
    1 sudu teh perwarna coklat (optional)

    Bahan C
    420-450 gm gula melaka
    1/2 cawan air

    Bahan D
    1 1/2 cawan pati santan
    secubit garam

    Loyang bulat 10 inci


    Cara menyediakannya
    1. Gaul bahan B dan biarkan sekurang-kurangnya 2 jam. Seelok-eloknya semalaman.
    2. Masak bahan C hingga gula larut, tapis dan biarkan sejuk.
    3. Masak bahan D hingga menjadi tahi (ada perkataan yang lebih sopan tak?) minyak. Ketepikan.
    4. Campurkan bahan A, B dan C. Gaul rata.
    5. Masak atas api sederhana sambil sentiasa dikacau selama 15 - 20 minit atau hingga nampak agak berminyak.
    6. Setelah masak, tuang ke dalam loyang.
    7. Taburkan tahi minyak di atas kuih dan biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong.


  • Posted: Fri, 03 Apr 2009 00:01:00 +0000

    KEK LAPIS CHEESE


    Resipi ini dikongsi bersama oleh Saudari Lara @ Zaiima di FRD. Resipi asal beliau dapatkan dari Dapur Ujen dan beliau gandingkan aneka warna supaya kek lapisnya nampak lebih menarik. Cubalah kepada yang minat membuat kek lapis.

    Kepada Zaiima terima kasih sudi panjangkan resipi ini kepada kita semua.


    KEK LAPIS CHEESE
    Sumber: Dapur Ujen

    Bahan A
    5 biji telur - kuning
    3 biji telur - putih
    140 gm gula halus ( gula pasir yg di blend )
    ½ sudu ovellete

    Bahan B
    50gm air ais
    125gm tepung serbaguna
    1 sudu serbuk penaik / baking powder ( ayak dgn tepung )

    Bahan C
    200gm butter
    125gm cheese cream


    Cara-caranya
    1. Pukul bahan A sehingga kembang ( sehingga adunan menjadi putih dan bila di angkat dia tak jatuh).
    2. Masukkan bahan B berselang seli.
    3. Pukul butter sehingga kembang dan masukkan cheese cream dan pukul sebati.
    4. Bakar selapis-selapis dalam loyang 7 x 7. satu lapis 4 sudu makan.
    5. Lapisan pertama suhu 180c dan guna api atas.
    6. Lapisan seterusnya guna api atas sahaja.
    7. Bakar sehingga permukaan berwarna keperang perangan.

    Nota: Saya doublekan semua adunan kecuali cheese. Saya guna loyang 9" x 9". Pastu saja guna 2 warna utk nampak meriah


  • MI KARI


    Resipi ini dikongsi bersama oleh Saudari Penyulawa @ Anim di FRD. Idea beliau nak buat Mi Kari timbul lepas dapatkan kerang, salah satu bahan yang digunakan untuk menyediakan Mi Kari ini… Sesuai untuk anda mencuba pelbagaikan menu untuk keluarga.

    Kepada Anim, terima kasih daun keladi sudi panjangkan resipi ini kepada kita semua. Resipi dalam Bahasa Inggeris, D tak sempat terjemahkan…



    MI KARI (CURRY NOODLES)
    Source: Penyulawa @ Anim

    Ingredients
    600g yellow noodles (mi kuning) - deep in boiling water for 3 minutes and drained

    Ingredients for Curry Soup
    50g meat curry powder
    6 pcs shallots
    4 cloves garlic
    1 inch ginger
    50g blended chillies
    curry leaves, star anise, cinnamon stick n cardamon
    10 pcs fish balls - quartered
    2 pcs fish cake - sliced
    250g beef meat - boiled to cook n sliced (keep aside the stock)
    2 ltr liquid (water + stock)
    200 ml evaporated creamer
    2 pcs tamarind pulp (asam keping)
    2 tomatoes - wedges
    seasoning (option) and salt to taste
    1/2 cup cooking oil

    Method
    1. Blend shallots, garlic and ginger. Add in blended chillies. Mix well.
    2. Heat cooking oil in a pot. Add in curry leaves, star anise, cinnamon and cardamon, fry till fragrant. Add in curry powder and blended ingredients, fry till the oil separated. Pour in the beef stock and bring to boil.
    3. Add in fish balls, fish cakes, meat and tamarind pulp. Simmer for 10 minutes then pour in creamer and bring to boil again. Add in tomatoes and season with salt. Simmer with low heat for 15 minutes.
    4. Ready to serve.

    Ingredients for Condiments


    500g cockles - steamed n shelled
    300g prawns - deep in boiled water for 2 minutes and head discarded
    50g bean sprouts - blanched
    2 pcs long beans - cut 1" long n blanced
    2 stalks mustard leaves (sawi) - cut 1" width n blanced
    50g fried onions
    2 pcs fried bean curd - sliced
    boiled eggs - halved
    2 red chillies - sliced
    limes - cut small pieces
    1 stalk scallion and celery - chopped

    To serve
    Put noodles in a bowl. Pour in soup and garnish with condiments. Ready to eat.


  • BREAD PUDDING


    Resipi ini dikongsi bersama oleh Kak Palatable di FRD, resipi asal beliau dapatkan dari Allrecipes.com. Sesuai sangat untuk minum petang bersama keluarga. Bila D tengok alahai tak tahan nak buat pun mudah…

    Kepada Sis Palatable, terima kasih sudi panjangkan resipi ini kepada kita semua. Resipi dalam Bahasa Inggeris, D tak sempat untuk terjemahkan.


    BREAD PUDDING
    Source: Allrecipes.com

    INGREDIENTS
    10 slices white bread, cut into cubes
    1/4 cup butter, melted
    1 teaspoon ground cinnamon
    1/2 cup raisins
    6 eggs, beaten
    3/4 cup white sugar
    2 teaspoons vanilla extract
    1/2 teaspoon salt
    3 cups scalded milk
    1 pinch ground nutmeg

    DIRECTIONS
    1. Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C). Lightly butter one 2 quart baking dish.
    2. Combine bread cubes, butter, cinnamon and raisins; mix well and place in baking dish.
    3. Beat together the eggs, sugar, vanilla and salt. Add milk, mix well and pour over bread cubes.
    4. Sprinkle with nutmeg and bake for 25 minutes.

    NOTA: Saya gunakan hanya 4 biji telor dan tambahkan 2 sm tepung jagung yang dibancuh dengan 1/2 cawan susu, campurkan susu yg selebih dengan bahan ini supaya puding ini dapat di potong dgn cantek.


  • NASI DHAL


    Resipi ini dikongsi bersama oleh Kak Efkay di FRD. Nasi Dhal ini boleh anda gandingkan dengan Ayam Masak Merah, Daging Rendang, Dalca, Acar dan macam-macam lagi. Ikut kreativiti dan selera masing-masing, boleh pelbagaikan menu yang disediakan.

    Kepada Kak Efkay, terima kasih sudi panjangkan resipi ini kepada kita semua.


    NASI DHAL

    Bahan-bahannya
    5 cawan beras bathmati
    6 cawan air biasa
    1/2 cawan susu cair
    3 s/b minyak sapi
    2 s/b minyak
    rempah tumis – bunga lawang, kulit kayu manis,
    buah pelaga & bunga cengkih
    1 cawan kacang dhal [basuh dan rendam air panas ]
    3 helai daun pandan - disimpul
    daun sup - mayang kasar.
    garam
    pewarna kuning

    Bahan Kisar
    2 labu bawang besar
    3 ulas bawang kecil
    5 ulas bawang putih
    3 cm halia

    ½ cawan kacang gajus goreng ] ---->untuk hiasan
    bawang goring ]

    CARA MASAK:
    1. Panaskan miyak dan minyak sapi dalam bekas periuk nasi eletrik [Rice Cooker].
    2. Tumiskan bahan tumis dan daun pandan dan masukkan pula bahan kisar. Biarkan sehingga wangi.
    3. Masukkan beras, air, susu cair, daun sup, garam dan kacang dhal.
    4.Pindahkan peiuk kedalam Rice Cooker. Masak saperti nasi biasa.
    5 Bila telah kering, kacau dan hidangkan.
    6. Hiaskan dengan kacang gajus dan bawang goreng.


  • Posted: Thu, 02 Apr 2009 23:53:00 +0000

    BISKUT DWI CHOCOLATE & WHITE CHIPS


    Resipi ini dikongsi bersama oleh Fizan di FRD. Bahan-bahan untuk menyediakannya pun mudah sekali dan sedap untuk minum petang sekeluarga.

    Kepada Fizan, terima kasih dik sudi panjangkan resipi ini kepada kita semua.


    BISKUT DWI CHOCOLATE & WHITE CHIPS
    Sumber: Fizan (FRD)


    Bahan-bahannya
    100 g majerin ~ saya guna butter, lebih sedap..
    25 g gula perang
    120g tepung gandum
    60g coklat chips atau coklat dwi choc + white chips
    30g serbuk badam
    1/4 esen vanila

    Cara-caranya
    1. Pukul majerin, gula dan esen vanilla hingga hancur
    2. Kemudian campurkan tepung,coklat chips dan serbuk badam gaul hingga sebati.
    3. Bentukkan doh besar 50sen di atas loyang. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit atau kekuningan.Boleh angkat.


    Selamat mencuba!

  • APAM ICE-CREAM


    Resipi ini dikongsi bersama oleh Mod Pisceslady @ Yati di FRD. Enak dihidangkan untuk minum petang bersama secawan teh/ kopi. Tengok warna apam ice-cream yang dihasilkan oleh Yati sungguh gebu dan menarik… Cubalah…

    Terima kasih Yati sudi panjangkan resipinya kepada kita semua.


    APAM ICE CREAM
    Sumber: Pisceslady @ Yati (FRD)

    Bahan-bahan :
    3 cawan tepung gandum
    4 biji telur
    2 cawan gula pasir
    1 cawan ice-cream soda
    1 sudu essence rose -kdg buh perisa strawberry
    Pewarna-kdg pakai 3 warna
    1 sudu teh baking powder
    1 sudu teh Ovalette}

    Kaedah penyediaan :
    1. Pukul telur + gula hingga kembang
    2. Masuk tepung dan kacau sebati, + ovalette
    3. Masuk ice cream soda + essence rose. Kacau sebati.
    4. Bahagikan adunan kepada 3 warna.
    5. Bubuh adunan selang-seli.
    6. Kukus 15-20 min.

    Nota: Boleh dikukus dialam loyang, yati cuma gunakan casing muffin.


  • JEMPUT JEMPUT ROTI


    Resipi ini dikongsi bersama oleh Mod Permata di FRD. Mengikut kata Permata,
    "Resipi jemput-jemput roti ini adalah dari ibu mertuanya yang tersayang, jika ada roti yang tidak terusik lagi boleh digunakan untuk buat jemput-jemput ini dan sedap dihidangkan dengan sos jemput-jemput".

    Kepada Permata, terima kasih dik sudi panjangkan resipi ini kepada kita semua.




    JEMPUT-JEMPUT ROTI
    Sumber: Permata (FRD)

    Bahan-bahannya
    5 – 7 keping roti
    250 ml air
    50 gram ikan bilis
    1 biji bawang besar, dihiris
    1 biji telur
    1 sudu teh garam
    minyak untuk menggoreng

    Cara-caranya
    Semua bahan-bahan diatas tadi kecuali minyak dicampurkan dalam mangkuk yang sederhana besar dan digaul rata sehingga betul-betul sebati. Digoreng dalam minyak yang panas sehingga masak dan kekuning-kuningan.

    Bahan untuk Sos Jemput-Jemput
    20 batang lada kering
    2 ulas bawang putih
    1 biji bawang besar
    8 sudu air asam jawa
    4 sudu teh gula
    1 sudu teh garam
    8 sudu kicap manis

    Cara-caranya
    Kisar semua bahan-bahan diatas sehingga halus. Sosnya pun sedia untuk dicicah bersama jemput-jemput roti. Jika ada perasa yang kurang boleh tambah ikut citarasa masing-masing.



  • CAKOI


    Resipi ini dikongsi bersama oleh Saudari Rosliza di FRD. Mengikut kata Liza setelah D bertanyakan mengenai resipi Cakoi yang walaupun telah lembut tapi rasanya tetap lembut beliau berkata :-

    "Melalui pengalaman bila membuat cakoi yang membantu cakoi menjadi lembut adalah susu, telur dan soda bicarbonate dan adunan cakoi ini lembut dan lembik dan tidak terlalu keras.

    Setelah beberapa dua kali beliau mencuba resipi dari MamaFaMi, hasilnya sungguh memuaskan."

    Kepada Liza dan MamaFaMi, terima kasih sudi berkongsi resipi ini bersama kita semua.



    CAKOI
    Sumber: MamaFaMi

    Bahan-bahan :
    400 g tepung ~ diayak
    1 cawan air
    1 sudu besar majerin ~ dicairkan
    1 sudu kecil garam
    3 sudu besar gula
    1 sudu besar susu pekat manis
    1 kuning telur
    2 sudu kecil yis segera
    1/2 sudu kecil soda bikarbonat
    minyak untuk menggoreng

    Kaedah :
    1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.
    2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
    3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
    4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
    5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
    6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
    7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
    8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.


  • POSTING BY JMK - SURPRISE...

    It's a surprise, I know how much you wish to know who are the singers and what's the title of the song. Guys night out at the usual club and its courtesy of Razman who requested for all the relevant little lyrics that you have provided and after an hour or so and we all got sick listening to all the irrelevant songs and remixes. And I hate it when you don't get what you wanted. I believe this is the song that you have been looking for. Tough figuring it out.

    Thanks Razman and specially to you my love and your cousins Ain and Seha. Enjoy it. Hope we guys got it right.




    MILK & HONEY - DIDI

    On a dark desert day in a land far away
    you took my heart - that's the price that i pay.
    Why'd you hurt me this way,
    wish you'd come back and stay.
    Just remember the promise we made.
    didi, didi, didi, didi, sine di wah (2)
    didi wah, didi, didi di ya sana didi di ya wee yeah eh

    You used to be my one and only lover.
    You went away and left me for another.
    Now you wanna come back to me

    You tell me we should get together.
    I tell you no no, never ever
    Baby can't you see now I'm free

    ana b7ar aleyya w intaya la
    mandeerik b3eed ma nebki 3liek
    mandeerik b3eed man saksee 3liek
    didi didi
    wa ana b7ar 3leya w intaya la
    mandeerik baeed ma nebki 3liek
    mandeerik b3eed man saksee 3liek
    uh didi didi

    bahlam beaka bafakar feak
    wa ana bali mashghoul alek
    kl munaya ya habibi alaeek
    wahshani 3eyounak wa houbak wa eurbak ya gamil
    hayeba aendi baalak seneen
  • NUGGET AYAM


    Resipi ini dikongsi bersama oleh Saudari Ayu di FRD. Mengikut kata Ayu telur yang digunakan ditambah lagi 2 biji dan breadcrumbs (serbuk roti) beliau gunakan 1 kotak lebih untuk menyalut sepenuhnya nugget ayam dan menyalutnya 2 kali. Resipi dari Kak NoorMasri ini mengikut kata Ayu boleh dapat dalam 24 ketul nugget.

    Panjang betul perjalanan resipi ini, D masih ingat lagi sewaktu Kak NoorMasri berkongsi resipi ini berapa tahun yang lalu sewaktu D aktif di Forum Cari – Food and Recipes. Semoga Kak NoorMasri sekeluarga sihat walafiat dan dibawah lindungan Allah swt. Amin… Rindu D dengan beliau kira sewaktu D bermula belajar memasak banyak ilmu pengetahuan yang D dapatkan dari hasil pengkongsian ilmu beliau dengan semua. Thanks Kak NoorMasri dan Ayu for sharing this wonderful recipe.

    Jadi you all cubalah… sedap tawww buat nugget sendiri… puas makan beb!...


    NUGGET AYAM
    Sumber : Kak Noormasri

    Bahan-bahan
    500 g isi ayam } dikisar/cincang
    1/4 cawan fresh breadcrumbs
    sedikit serbuk lada sulah
    garam secukup rasa
    serbuk cornflake secukupnya atau serbuk roti utk 'coating'
    (1-2 biji telur }dipukul sedikit

    Cara membuat
    1. Campurkan ayam bersama fresh breadcrumbs, serbuk lada sulah dan garam.
    2. Gaul sebati.
    3. Ambil sedikit adunan bentukkan menjadi leper, ulang sehingga habis.
    4. Kemudian celup ke dlm telur dan lepas itu digolek kedlm serbuk cornflake/roti. Di sini Jeni menggunakan breadcrumb warna putih.
    5. Ulang semula dgn mencelup ke dlm telur dan diakhiri dgn serbuk cornflake/roti supaya mendpt lapisan luar yg agak tebal. Yang ini Jeni gunakan breadcrumb warna kuning/oren.
    6. Goreng dgn api perlahan sehingga kekuningan.
    7. Sedia dimakan bersama sos.


  • NASI AMBENG – CARA MENYEDIAKANNYA
    Sumber: Kak Sophie


    Nasi Ambeng, ini bukan D yang buat tapi Kak Sophie telah berkongsi cara menyediakan Nasi Ambeng di Forum Resipi Diana (FRD). D panjangkan kepada semua terutama bagi D. Selalunya part menyusun Nasi Ambeng ini selalu Nyai D, Mummy ataupun Makcik-makcik yang lain yang melakukan. D memang belum sekali pun berkesempatan untuk menyusun dan menyediakan Nasi Ambeng lagi. D attack part makan ramai-ramai je best arrr...

    Jadi bila Kak Sophie kongsi langkah demi langkah D suka sekali lain kali boleh dimanfaatkan, sebab makan Nasi Ambeng ramai-ramai nih syiok tawww… Seperti kata Kak Sophie susunan Nasi Ambeng ini banyak kepelbagaiannya dan ada yang letak mee... tapi apa pun cara susunan dan bahan yang diletak padanya ia tetap dipanggil Nasi Ambeng salah satu hidangan orang Jawo... even orang Melayu pun suka buat Nasi Ambeng...

    Back on track ini cerita dari Kak Sohpie – "Last Saturday akak buat Nasi Ambeng. Sempat jugak ambik gambar cara lauk-pauk Ambeng diatur. Ini cara my MIL. Mungkin orang lain ada cara masing-masing. Arwah my Nyai suka tambah urap but not my MIL. Ada orang pulak suka tambah mi. Apa-apa pun....dia tetap Ambeng.

    Tradisi Ambeng kat S'pore ni dah hampir lupus. Tak ramai yang nak buat Ambeng waktu kenduri. Syiok tau makan kat dulang ramai-ramai. Selera gitu....akak share k...mana tau ada orang nak cuba.."

    Kepada Kak Sophie thank you so much for sharing, nanti D buat Nasi Ambeng for sure gambar-gambar yang akak share nih dah implanted in my brain dah capture dah imagenya hehe… Thanks again sis semoga dimanfaatkan oleh generasi yang muda… dengan harapan semoga Nasi Ambeng ini tidak pupus begitu sahaja… kenduri sekarang pun banyak makan buffet dah tak ada ambeng lagi ishkk… sungguh tak syiokkk...


    Nasi dalam 5-6 gayung untuk 4 orang makan.


    Alaskan dengan daun pisang.


    Timun


    Serunding ditengah.


    Sambal goreng keliling serunding.


    Acar dan lauk-lauk seterusnya diletak di empat penjuru.


    Garam asam.


    Begedil, tahu tempe dan paru goreng. Sepatutnya gunakan ikan goreng tapi ikan goreng selalu tak laku..tersadai kat tepi. Jadi digantikan dgn paru goreng. Siap.

    Dan....4 potong ayam lemak cili padi. Akak lupa nak ambik gambar.


    Sesi menjamu selera.

  • DADAR KARI DAGING SALAI


    Resipi ini dikongsi oleh Saudari Penyulawa di FRD. Resipi yang diilhamkan dari Majalah Sedap Bil 9. Sesuai digandingkan dengan juadah lain untuk seisi keluarga.

    Dibawah pula adalah resipi asal dari Majalah Sedap iaitu Dadar Gulung Rasa Kari. Boleh anda cuba mana satu pilihan hati yang menggunakan daging salai ataupun menggunakan daging cincang.

    Kepada Nim @ Penyulawa terima kasih sudi panjangkan resipi ini kepada kita semua.


    DADAR KARI DAGING SALAI

    Bahan-bahannya
    50 gm daging salai - hiris nipis
    daun bawang/daun sup - hiris halus
    5 biji telur pukul ringan
    1/2 sudu teh serbuk kari daging
    2 ulas bawang putih - cincang halus
    4 biji bawang kecil - cincang halus
    1/2 sudu teh garam
    1/4 sudu teh serbuk lada putih
    1/4 sudu teh gula pasir (will leave this out in future)

    Cara-caranya
    Kacau rata semua bahan. Dadar nipis dalam kuali. Angkat dan gulung.


    RESIPI ASAL
    DADAR GULUNG RASA KARI

    Sumber: Majalah Sedap Bil. 9

    Bahan-bahannya
    50 gm daging cincang
    3 batang daun bawang, hiris halus
    4 biji telur pukul ringan
    1/4 sudu teh serbuk kari
    2 ulas bawang putih, cincang halus
    1/2 labu bawang besar, cincang halus
    1 sudu teh garam
    1/4 susu teh serbuk lada sulah
    1/2 sudu teh gula pasir

    Cara
    Kacau rata semua bahan.
    Tuangan ke dalam kuali dadar. Biarkan sehingga setengah masak.
    Gulung dan biarkan masak.


  • KRIM KARAMEL


    Dah lama D nak buat Crème Caramel, tapi tertangguh ntah dah berapa banyak kali. Jalan-jalan blog hop ke blog kawan-kawan tertarik pula dengan Krim Karamel dari blog Noorma's Kitchen, jadi D pun mencubanya.

    Memang sedap nak buat pun tak rumit, setelah D teliti D cuba terus buat 4 adunan. Alhamdulilah sedap and very smooth… D suka tapi D kurangkan sikit penggunaan gula pada bahan puddingnya. Terpulang kepada citarasa kawan-kawan kalau suka manis boleh gunakan sebagaimana sukatan dibawah tapi D kurangkan kepada 3 ½ sudu besar gula. Sewaktu hendak dikukus, D pastikan air dalam kukusan dah mendidih dengan betul dan kemudian D kukus menggunakan api kecil selama 20 minit.

    Untuk sukatan kat bawah ini kira untuk per serving, tapi kalau nak buat untuk sekeluarga you all gandakan jumlahnya.

    Kepada Sis Noorma, thank you so much for sharing this simple yet very tasty Krim Karamel, makan sejuk-sejuk sedap banget….


    KRIM KARAMEL
    Sumber: Noorma's Kitchen

    Bahan-bahan
    1 cawan susu cair
    1 biji telur
    1 keping roti gardenia
    5 sudu besar gula
    *Kisar semua bahan ini hingga sebati

    Untuk gula hangus
    3 sudu besar gula
    6 sudu besar air masak

    Cara-cara
    1. Mula2 buat gula hangus dulu. Masukkan 3 sudu besar air bersama 3 sudu besar gula dan masak atas api perlahan hingga warna coklat. Ketepikan dan masukkan 3 sudu besar air masak. Kacau dan ketepikan.
    2. Sediakan pengukus dan tunggu hingga air mendidih.
    3. Dalam loyang, masukkan gula hangus tadi kemudian tuang pula adunan susu yg dh dikisar tadi.
    4. Kukus selama 20 minit
    5. Sejukkan sebelum dihidangkan. Siap


  • MEE GORENG KAK IZAH


    D namakan resipi ini Mee Goreng Kak Izah, sempena nama empunya resipi. Tiap kali kalau D berkunjung ke rumah Ummi D, mesti Kak Izah (one of my kakak angkat) akan datang bawak Mee Goreng nih. Air tangannya SubhanAllah memang sedap.

    Dah banyak kali rasa, in fact kalau D teringin nak makan selalu adik yang sorang nih akan request untuk Kak Izah buatkan untuk my family. Jadi satu hari tu tengah mood kering idea tak tahu nak masak apa dengan suara toya, D pun call dan tanyakan resipinya. Akak D yang bertuah tak kasi sukatan katanya buat akak kasi bahan-bahannya, D try pandai-pandai sukat lepas tu beritahu akak hasilnya. Katanya beliau masak tak ada sukatan, semua main campak-campak. Masakan campak-campak nilah yang paling sedap pada D…

    Dari segi rasa, airtangan Kak Izah lagi sedap tapi D berani nyatakan disini kat rumah semua menyukainya dan kata sedap. Makan panas-panas dan mee gorengnya basah-basah fuyooooo terangkat!... Kak Izah, D punya air tangan 70% hampir dengan yang selalu akak buat. Thank you so much for the recipe. Next time masih nak request akak buatkan lagi untuk D hehehehe… Resipi dibawah ini adalah sukatan yang D cuba.


    MEE GORENG KAK IZAH
    Sumber: Kak Izah

    Bahan-bahannya
    500 gram mee kuning
    100 gram daging, dipotong nipis
    7 ekor udang, dibersihkan
    200 gram kobis, dihiris lebar ½ inci
    1 ikat sawi, dipotong lebar 2 inci
    1 kiub ikan bilis (Maggi)
    3 biji telur
    4 cawan air
    garam secukup rasa
    serbuk perasa jika suka
    gula secukup rasa
    minyak untuk menumis
    secukup bawang goreng
    secukup daun sup/ daun bawang

    Bahan Sosnya
    11 sudu makan sos cili
    9 sudu makan sos tomato
    7 sudu makan kicap

    Bahan untuk dihiris
    2 biji bawang besar
    1 ulas bawang putih
    3 batang cili hijau
    1 batang cili merah
    7 – 11 tangkai cili padi thailand (merah)

    Cara-caranya
    1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan pecahkan telur. Digoreng scramble dan biarkan telurnya lembik-lembik sedikit jangan terlalu masak. Angkat dan ketepikan.
    2. Letakkan secukup minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah dirajang sehingga naik bau dan layu. Masukkan kuib ikan bilis dan juga daging. Tumis lagi sehingga dagingnya bertukar warna.
    3. Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap bersama garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa. Kacau rata dan biarkan selama 2 minit. Masukkan pula airnya.
    4. Bila kuah hampir mendidih, masukkan udang, kobis dan sedikit bawang goreng. Masak selama 5 minit sehingga udang bertukar warna dan kobis pun telah layu sedikit. Rasakan kuahnya jika ada yang kurang tambah apa yang patut.
    5. Masukkan pula mee kuning, sawi dan telur yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan reneh mee goreng selama 5 minit. Sedia untuk dihidang. Taburkan dengan bawang goreng dan juga daun sup atau daun bawang.

    Nota D: Versi yang D buat ini pedas, jadi jika tak suka pedas kurangkan penggunaan cili padinya. Mee goreng ini harus gunakan air yang agak banyak sikit agar ia kelihatan basah-basah gitu. Penggunaan garam dikurangkan kerana sos tomato ada yang agak masin jadi masukkan sedikit dulu garam dan rasakan dulu jika tak cukup boleh tambah lagi.




  • SAYUR KOBIS MASAK LEMAK


    Juadah ini kira chicken feet (mudah aje) semua pun pandai masak kan. Tapi D masih nak letak resipinya disini, untuk ilmu kepada adik-adik D yang masih status 'anak dara'. Lauk simple macam ginilah yang kadang-kadang kalau baru nak mencuba masak kita belum tahu macam mana cara nak masak.

    Especially kepada yang sedang belajar di luar negara, di perantauan tengah teringin nak makan Asam Pedas Ikan ler, Sambal Tumis Udang ler, ini kira salah satu juadah yang mungkin mereka tengah teringin atau mengidam nak makan hehehe…


    SAYUR KOBIS MASAK LEMAK

    Bahan-bahannya
    300 gram kobis, dipotong lebar 2 inci
    1 biji kentang, dipotong jejari
    1 silinder tahu lembut, dipotong empat
    1 ikat su'un, direndam
    3 ekor udang
    150 ml – 200 ml santan
    2 – 3 cawan air
    garam secukup rasa
    serbuk perasa jika suka

    Bahan untuk dikisar
    1 biji bawang besar
    1 batang lada merah
    3 – 5 tangkai cili padi thailand (merah)
    1 inci belacan
    1 inci kunyit hidup atau ½ sudu makan serbuk kunyit

    Cara-caranya
    1. Masukkan bahan yang telah dikisar kedalam periuk bersama air. Masukkan kentang dan masak sehingga ketangnya empuk.
    2. Bila kentang telah empuk, masukkan pula udang dan bila udang telah bertukar warna, masukkan pula kobis dan su'un.
    3. Masukkan garam dan sebuk perasa dan gaul rata. Kemudian masukkan pula santan dan kecilkan api. Dikacau kuahnya selalu agar tidak pecah santan. Bila kuahnya hampir mendidih, masukkan tahu lembut, kacau sebati dan padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.

    Nota D: Jika mahu boleh anda letak telur, bila kuahnya telah mendidih. Padamkan api. Pecahkan telur dan tutup periuk dengan tudung periuknya dan biarkan 10 minit. Kemudian sedia untuk dihidang.



  • SAMBAL TUMIS SOTONG KURUNG


    Selalu kita dengar ikan kurung (sardine) tapi D pun suka makan sotong kurung nih (sotong dalam tin). Selalunya D akan beli jenama Rex (Seasoned Cuttlefish with Soya Bean Sauce) kira dah ready untuk kita gunakan.

    Ada pelbagai cara D menggunakannya, yang paling ringkas kalau waktu malas rajang bawang, lada padi tumis dan masukkan sotong nih bersama sosnya tapi bagi pendapat D kalau buat sambal tumis lagi umpph…

    Gandingkan dengan sayur masak lemak dan ayam goreng panas-panas fuyoo terbuka selera. Resipinya mudah, nak masak pun tak rumit…. Yang penting bila menumis rempah tu kena slow and steady biar rempahnya masak betul-betul bangkit baunya dan garing baru masukkan sotong bersama sosnya. InsyaAllah jadinya pasti sedap.


    SAMBAL TUMIS SOTONG KURUNG

    Bahan-bahannya
    1 tin sotong dalam tin
    1 biji tomato, dipotong baji
    garam secukup rasa
    serbuk perasa jika suka
    gula secukup rasa
    minyak untuk menumis

    Bahan untuk dikisar
    1 biji bawang besar
    1 ulas bawang putih
    3 batang lada merah
    7 batang cili padi thailand (merah)

    Cara-caranya
    1. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.
    2. Tumiskan bahan yang telah dikisar dengan api yang perlahan sehingga bangkit baunya dan rempahnya masak dengan sempurna.


    3. Masukkan garam, serbuk perasa dan juga gula. Gaul rata dan masukkan sotong bersama sosnya Tumis lagi sehingga rempahnya memekat. Rasakan sambalnya jika ada perasa yang kurang boleh ditambah apa yang patut.
    4. Akhir sekali masukkan tomato, gaul sebati dan padamkan api. Sedia untuk dihidang.

    Nota D: Penggunaan garam pun jangan terlalu banyak sebab sotong dalam tin nih ada kala sosnya dah masin jadi kena seimbangkan.


  • AISKRIM GORENG


    Resipi ini dikongsi oleh Maklang di FRD, resipi asal dari Saudari Yani di Myresipi.com. Sedap nih kalau dapat dihidangkan bila cuaca panas. Yang penting lepas digoreng terus dihidangkan sedap youuuu…

    Kling… Kling… Kling… Aiskrim gorenggggg… Terima kasih Maklang dan Yani sudi panjangkan resipi ini kepada kita semua. Untuk cara langkah demi langkah boleh lihat cara yang Yani sediakan disini >> Aiskrim Goreng.



    AISKRIM GORENG
    Sumber : Yani – Myresipi.com

    Bahan:
    5 scoop aiskrim vanila
    1 biji telur (mklang guna putih telur)
    1 cawan conflakes
    1 cawan chopped walnuts (mklang letak almond)
    minyak untuk menggoreng
    sirap coklat secukupnya

    Cara-caranya
    1. Scoop aiskrim.
    2. Masukkan 1 scoop aiskrim ke dalam plastic wrap. Bungkus biar jadi bentuk bola. Simpan dalam freezer sekurang-kurangnya 2 jam.
    3. Campurkan conflakes dan walnuts/almond ke dalam mangkuk.
    Kemudian masukkan ke dalam beg plastik. Ramas-ramaskan conflakes biar hancur.
    4. Keluarkan aiskrim dari freezer dan buka plastic wrap. Masukkan aiskrim ke dalam beg plastik tadi. Goncang-goncang biarkan aiskrim bersalut dgn conflakes dan walnuts . Keluarkan aiskrim dari beg plastik. Simpan semula ke dalam freezer selama 30 minit atau lebih.
    5. Pukul telur dengan pemukul telur. Masukkan aiskrim ke dalam telur. Kemudian masukkan pula ke dalam beg plastik conflakes dan walnuts. Goncang biarkan keseluruhan aiskrim bersalut. Buat satu persatu sampai habis. Masukkan semula ke dalam freezer. Biarkan 1 jam atau lebih. Kalau nak salutan(coating) tu tebal boleh ulang langkah ni sekali lagi.
    6. Panaskan minyak. Goreng aiskrim selama lebih kurang 30 saat. Angkat dan bolehlah terus makan. Kalau suka bolehlah letakkan sirap coklat di atasnya.

    Nota dari Yani: ** Minyak yg diguna untuk menggoreng biarlah betul-betul panas atau 200 degree.

    Nota dari Maklang: Maklang buat camni.....lepas scoop eksrim dan digolek ngan cornflakes, maklang biarkan overnight pastu keesokan harinya baru golek dlm telur dan golek lagi sekali ngan cornflakes dan almond pastu terus goreng...kejap je terus angkat.....jadi kena goreng sebiji2 ye.... gud luck!


  • Posted: Wed, 11 Mar 2009 17:27:00 +0000
    AYAM MASAK MADU SYA


    Resipi ini dikongsi oleh Saudari Ayu di FRD, beliau dapatkan resipinya dari web Kak Lynn - Recipe2u. Ayu menyediakan juadah ini ikut citarasa dan selera keluarganya. Boleh digandingkan dengan juadah untuk anda hidangkan buat seisi keluarga.

    Kepada Ayu dan Sya (empunya resipi) terima kasih sudi panjangkan kepada kami semua.


    AYAM MASAK MADU SYA
    Sumber : Kak Lynn – Recipe2u

    BAHAN-BAHAN:
    1/2 ekor ayam
    garam
    kunyit
    1 sudu rempah kari ayam
    3 ulas bawang putih
    1 inch halia
    bawang besar - (Ayu potong bulat)
    cili kering - (Ayu guna 4 sudu besar cili kisar)
    madu - (Ayu guna 3 sudu besar)
    gula merah - (Ayu guna 2 sudu besar)
    sos/tomato puree - (Ayu guna 3 sudu besar tomato puri)
    air

    CARA-CARA:
    1. Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.
    2. Ketuk2 ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bhn perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
    3. Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
    4. Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau.
    Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.
    5. Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bwg goreng atau daun sup.


0 comments:

About This Blog

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP